Selasa, 9 Julai 2013

MERENUNG BULAN

Bulan mengambang seri cahya
renung mengerdip asyik pesona
biar tangan capai tak sampai
dalam ingatan tetapku gapai
bila pungguk lesu merindu
lalu mimpi retak seribu.

Bahasa jiwaku merangkai kata
bahasa hati menganyam murni
siapa pernah dapat menyelam
tak siapa mengerti nubari berkalam
kalau putih dikatakan hitam
merah , ungu jadi berbelang
celorenglah di mata
indahnya bagimu tetap tiada.

Bermainlah dengan nista
lupa anugerah dari Yang Esa
kalau direnung dalam makrifat
mengapa aku sentiasa munajat
melepaskan tanggungan segunung beban
ranaplah aku dalam kemunafikan
bila engkau tak mahu mengerti
di mana terletak hati dan budi.

SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan