Isnin, 6 Januari 2014

BILA CINTA





Jangan lara kerana cinta
itu bukan penyudah bahagia
andai diturut gelora rasa
pasti jiwa dalam derita.

Cinta itu suci dan murni
walau bersatu tidak pasti
andai diri saling mengerti
cinta sejati kekal abadi.

Bila cinta menawar rasa
antara suka dan duka nestapa
jangan diturut nafsu membara
usah merana kerana hampa.

SRI MAWAR
KualaKurau
Perak
27 Dis 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan