Ahad, 5 Januari 2014

HIDUP

HIDUP

segalanya berkemungkinan
membelai hayat
antara rindu dan airmata 
soal hati dan fikir
mencari manis dalam pahit
bermain di telapak takdir
keimanan takkan mungkir.

pengabdian
mencerna impian
mencari suka dalam duka
sesuai pintamu
berkalung do'a
segalanya mengubah
di langit takwa

tidak perlu menangis
memaknai kesedihan
atau bersorak riuh
memesrai kegembiraan
bila hanya Dia yang tahu
qada dan qadar
di dalam azalimu.

SRIMAWAR
Kuala Kurau.
Perak
26 Ogos 2013
12.03 am

Tiada ulasan:

Catat Ulasan