Isnin, 6 Januari 2014

RIBUT DI HUJUNG SENJA



Dentuman guruh
menghancurkan
segugus mimpi
dari tidur nyaman
lalu bertebaran.

Panahan petir
membakar
segenap khayalan
dari cebis harapan
tidak kesampaian

Tiadalah aku menunggu
titis hujan
membelai rawan
hanya terperangkap
nyilu di perasaan.

Dapatkah aku
mengutip pelangi
di gigi hari
bila ribut di hujung senja
mengharu ke tebing usia.

SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
4 Nov 2013
2.40 pm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan