Khamis, 22 Ogos 2013

BIARLAH


PANTUN MENGUNDI

Bawa bagasi menuju kereta
bangkai terperap semut melata
negara demokrasi naungan kita
bagai mengharap cahaya pelita.

Kata sendi dalam ejaan
bentuk bacaan berbait garapan
kita mengundi tentukan kerajaan
untuk kesejahteraan di masa hadapan.

Belilah pulasan yang merah bara
berangan dikalih goreng segera
undilah Barisan Nasional peneraju negara
jangan dipilih pembuat angkara.

Tika terbayang nasi kenduri
lauk enak keli berkari
jika sayang generasi sendiri
elok bijak mengendali diri.

Ukir kayu bercampur rotan
pinggan bersepai berat muatan
berfikir dulu itu pendapatan
jangan sampai berkerat rotan.

Kota Melaka ada A Famosa
liar menyerudup si itik angsa
kita bersaudara sama sebangsa
biar hidup sama selesa.

Tika singgah membeli betik
ubah laci berisi plastik
jika bercanggah fahaman politik
usah benci dibiar berdetik.

Bengkaklah mata digigit lipan
ubatkan dulu buat penahan
samalah kita beradap sopan
ingatlah selalu kuasaTuhan.

SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
24 April 2013
12.56 am

Tiada ulasan:

Catat Ulasan