Khamis, 22 Ogos 2013

TERKEDU

Terkedu aku
dalam kutukan
bila sekilas cuma 
aku bertanyakan padamu
tentang harga diri
kerana sangkaku
engkau seorang yang mengerti.

Tapi engkau
lebih mencaci
melemparkan sejuta penghinaan
tanpa meletakkan tanda harga
pada secebis persahabatan
lalu kesombonganku
menjadi umpatan.

Megahkah aku
sedang keupayaan diri
hanya sekadar pengalas kaki
bagi orang sepertimu
yang sentiasa tinggi diri
dan tak pernah mengerti
erti seni yang diperhambakan.

Kini aku
menjadi kurang ajar
kerana engkau telah mengajar
bahasa benci
pada kesakitan hati.

SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak.
19 Julai 2013
8.54 am.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan