Khamis, 22 Ogos 2013

GEMA TAKBIR

Setiap detik nadi berdenyut
saat nafas dihela
hari pun bersilih ganti
bulan berlalu pergi
Ramadan pun berangkat
memberi berkat
melambai Syawal
Aidil Fitri di subuh awal.

Kita merangkai gema takbir
solat dan selawat sama berzikir
di rumah Allah menghampar sejadah
beramai-ramai tangan mengadah
Aidil Fitri membawa berkah
melunas dendam , nafsu amarah
memberi warna ,seri dan indah

Jadilah kita insan mulia
menyambut syawal dengan ceria
tangan bersalaman
maaf berbalasan
rindu berpaut
di kerendahan hati
kasih saudara erat bertaut.

SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
6 Ogos 2013
10.05 pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan